Peringkat 2
Persediaan
Sudah dapat apakah prancangan yang terbaik buat homestay yang anda
idamkan? Jika sudah selesai membuat pilihan di peringkat perancangan, boleh lah
kita membuat persediaan sebelum memulakan operasi. Antara persediaan yang perlu
dibuat adalah:
1. Pembersihan
2. Makeup
3. Baiki
4. Pindah Masuk
Lakukan kerja-kerja pembersihan terlebih dahulu sebelum memulakan
projek homestay. Pembersihan dilakukan di bahagian luar dan bahagian dalam
homestay. Semasa melakukan kerja-kerja pembersihan, boleh upah orang lain untuk lakukan kerja pembersihan atau lakukan sendiri.
Jika mahu jimat dan gunakan lebihan tenaga, boleh minta tolong adik-beradik. Sediakanlah makanan untuk mereka
selepas habis bergotong-royong. Manfaatkan kesempatan berkumpul ini juga dengan
membuat bacaan doa selamat serta “pendinding” agar homestay bebas dari
“gangguan”.
Tak kira sama ada homestay adalah rumah sendiri, rumah sewa atau rumah
pusaka, kerja-kerja pembersihan wajib dilakukan sebelum memulakan projek
homestay. Ini adalah untuk keselesaan bakal tetamu dan juga membersihkan
homestay dari “gangguan”. Antara kerja pembersihan yang perlu dilakukan :
ü Membersihkan semak
samun dan Memotong rumput di laman sekitar.
ü Basuh lantai luar
dan dalam rumah
ü Basuh bilik air
ü Buang sesawang rumah
CUBA IDEA INI
Ambil peluang ini
untuk ubah cara hidup. Macam mana itu?
Adakah rumah anda
sekarang ini sesak dan serabut?
Teringin atau tidak
untuk tnggal di rumah yang selesa ala-ala hotel?
Mesti teringin kan?
Rumah kemas teratur,
cantik, bau harum dan tidak sesak dengan barang.
Kami sendiri lalui pengalaman ini. Dengan ilham dari Illahi, kami
menukar cara hidup. Rumah yang diduduki dijadikan homestay ! Apa jadi?
Semua perabot dan kelengkapan rumah masih lagi ada di rumah tersebut
(teres). Kami membawa keluar kesemua barang yang lain dan masukkan ke rumah
sewa yang lebih besar (semi-D). Barang yang dibawa adalah barang-barang seperti
pakaian, buku, mainan, pinggan mangkuk yang banyak, periuk belanga, dan segala
kelengkapan rumah yang sarat dan banyak.Yang tinggal di rumah lama hanyalah
yang baik-baik sahaja dan yang perlu sahaja. Sebiji seperti keadaan di dalam
hotel. Hanya ada perabot dan kelengkapan harian. Barang lain semua sudah
dikeluarkan.
Rumah ini kami jadikan homestay dan kami duduk menyewa di rumah lain
sementara projek rumah idaman kami siap. Walaupun ianya dijadikan sebuah
homestay untuk tetamu, namun kami masih lagi boleh duduk di sini apabila tiada
tempahan atau tiada tetamu yang check-in.
Terasa seperti pergi ke hotel setiap kali ke homestay ini kerana kami
juga akan membawa beg tarik ( bawa pakaian) apabila tinggal di sini. Sekiranya
ada tetamu masuk, kami akan mengemas semula homestay dan hanya perlu tarik
keluar semula beg tarik kami.
Tetamu yang check in selalunya akan bertanya : “Rumah ini masih
diduduki ke?” sebab rasa seperti benar-benar sebuah rumah. Lengkap dan selesa.
Jawap kami “Ya, kami masih duduk di rumah ini “
Apabila rumah telah siap dibersihkan, bolehlah kita jalankan proses
“Makeup”. Antara kerja-kerja makeup yang boleh dibuat adalah
ü Cat dinding
ü Pasang wallpaper
ü Pasang lantai lamina
ü Cat minyak pada
grill
ü Pasangkan Cornice di
siling
ü Cipta identiti
homestay tersendiri
Lakukan kerja-kerja Makeup ini terlebih dahulu sebelum memasuk kan
perabot dan kelengkapan ke dalam homestay. Ini bagi memudahkan kerja dan
mengelakan berlaku kerosakan pada perabot dan perhiasan homestay. Lakukan
kerja-kerja kasar ini terlebih dahulu. Luangkan 1 masa khas untuk kerja-kerja
ini. Biasanya memakan masa 3 hari hingga 1 minggu.
Proses “Makeup” bukan sahaja tertumpu pada lantai dan dinding, malah
kita boleh “Makeup” kan kelengkapan asas homestay sedia ada (sudah lama atau
tidak menarik sebelum ini) untuk jadi lebih menarik dan up to date.
Misalnya :
ü Makeup kan lampu
ü Makeupkan kipas
ü Makeupkan bingkai
tingkap
ü Makeupkan daun pintu
ü Makeupkan paip air
ü Makeupkan landskap
Ketika ini juga sangat sesuai untuk melakukan kerja-kerja Makeup yang memerlukan dinding dipecah (hacking untuk buat wiring) kerana ketika ini barang belum lagi di bawa masuk ke dalam unit homestay. Jika sudah bawa barang masuk pindah ke dalam homestay pasti sukar untuk membersihkan habuk dan debu dari kerja-kerja hacking yang sedang dijalankan.
Baiki
Sebelum mula buka homestay untuk tempahan orang ramai, uji dan periksa
kelengkapan dan struktur homestay terlebih dahulu. Yang paling penting adalah
keselamatan tetamu terlebih dahulu. Yang keduanya barulah aspek keselesaan dan
kemudahan tetamu.
Apa yang perlu dibaiki? Uji dan periksa semula :
ü
Pendawaian elektrik
( suis rosak –litar pintas)
ü
Sistem perpaipan
(Tekanan air rendah – paip bocor – paip tersumbat – trap tersumbat)
ü
Lockset pintu dan
daun pintu
(longgar – pintu tidak boleh tutup rapat -lockset rosak – daun pintu
pecah)
ü
Tingkap
(tidak boleh buka – bingkai tercabut – tidak boleh lock)
ü
Struktur unit
homestay
(Bumbung bocor – dinding retak – pagar roboh)
ü
Kumbahan
(air kumbahan bertakung atau tidak lancar)
Setelah selesai kerja-kerja pembersihan , make up, dan baiki unit
homestay, baru lah boleh melakukan kerja pindah masuk kelengkapan homestay.
Untuk tidak memenatkan, lakukan kerja pindah masuk mengikut ruang demi ruang.
Jika ada budget yang cukup, boleh lakukan proses pindah masuk kesemuanya
sekaligus.
Bagi yang membeli kelengkapan baru, boleh simpan dahulu kelengkapan dan
perabot yang dibeli di kedai. Apabila mahu mula pindah masuk, barulah minta
kedai tersebut membuat penghantaran di alamat homestay.
Semasa turunkan barang, terus masukkan kelengkapan dan barang yang
turun dari lori terus ke ruang yang sepatutnya ia akan diletakkan. Ini supaya
dapat menjimatkan tenaga untuk mengangkut barang berkali-kali.
Bagi barang yang diperoleh dari rumah lama, boleh angkut beberapa kali
trip. Setiap trip adalah kelengkapan keperluan untuk ruang yang berlainan.
Apabila telah lengkap perabot dan kemudahan asas di bawa masuk dan disusun,
barulah pemilik dapat nampak apakah kekurangan yang perlu di tambah pada setiap
ruang. Senaraikan dan kemudian boleh beli atau cari kelengkapan tersebut untuk
melengkapkannya.