Thursday, 13 July 2017

PERINGKAT PERTAMA : PERANCANGAN

Peringkat 1
  Perancangan


Bismillah. Kita mulakan dengan peringkat pertama iaitu peringkat membuat perancangan terlebih dahulu. Saya ingin tegaskan di sini bahawa Peringkat Perancangan sangat penting untuk diambil berat agar pemilik homestay tidak tersasar jauh atau tidak duduk termenung di kemudian hari. Gagal Merancang sama erti dengan merancang kegagalan. Apa yang akan disentuh di peringkat perancangan ini? Baik. Di Peringkat perancangan, kita akan menyentuh tentang 6 perkara di bawah :
1. Jenis
2. Aset
3. Konsep
4. Lokasi
5. Budget
6. Harga



Sebelum menghasilkan homestay, kita perlu faham dahulu akan maksud homestay dan konsep penyediaannya.

HOMESTAY dalam bahasa melayu adalah INAP DESA.
Inap (menginap) ialah bermalam. Desa pula bermaksud sebuah tempat yang dihuni oleh sesebuah masyarakat.
Jadi Inap Desa bermaksud bermalam di suatu tempat

Bagi yang tertanya-tanya, sebenarnya tidak ada syarat khusus untuk menyediakan sesebuah Homestay. Ia lebih bersifat santai. Homestay wujud bagi menampung kekurangan tempat bermalam untuk pelancong (perantau) dari daerah lain yang mempunyai urusan di kawasan tersebut. Sesetengah tempat, tiada hotel atau chalet . Di sini Homestay sangat membantu orang luar untuk mendapatkan tempat bermalam.

Kaedahnya ialah penduduk setempat menyediakan ruang , bilik atau rumah untuk di sewa oleh orang luar untuk bermalam. Jadi terpulang kepada pemilik ruang untuk menyediakan ruang yang bagaimana kepada tetamu mereka. Manakala tetamu pula mempunyai citarasa sendiri. Mereka boleh memilih homestay mana yang mahu di duduki (disewa)



Rancang dahulu Apakah JENIS HOMESTAY yang akan kita jalankan?
Setiap Jenis ada peminat nya yang tersendiri.

Antara Jenis Homestay yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:
Homestay Rumah Berbudaya


























Jika kita berada di suatu daerah yang mempunyai amalan kebudayaan yang tinggi, sangat disarankan untuk menyediakan Homestay yang mengetengahkan budaya setempat kepada bakal tetamu yang akan datang menginap. Ia bukan sahaja khusus untuk tetamu dari luar Negara, malah masyarakat di dalam Negara sendiri masih ramai yang tidak tahu tentang sesuatu budaya yang ada di dalam Negara mereka.
















 Contoh:

ü  Sediakan tempat makan bersila
ü  Sediakan tempat mandi dengan Air Perigi
ü  Sediakan Kain Batik dan Kain Pelekat Untuk di Pakai
  Rendahkan pintu untuk tunduk masuk



Homestay Tinggal Bersama



Di luar Negara, terutamanya di Negara Eropah, mereka sangat suka menerima kunjungan tetamu luar. Mereka akan menyediakan bilik khas atau rumah khas untuk tetamu mereka. Ini bermakna tetamu tinggal bersama dengan tuan rumah untuk beberapa malam. Pelajar-pelajar universiti juga sering membuat program pertukaran pelajar di luar Negara . Semasa mengikuti program sebagini, mereka akan di tempatkan di rumah-rumah masyarakat setempat untuk mengenali cara hidup sesebuah masyarakat dengan lebih mendalam. Jika ada banyak bilik kosong yang tidak berpenghuni boleh lah dimanfaatkan ia sebagai bilik homestay . Konsep di sini, tetamu menyewa sebuah bilik dan menggunakan kemudahan yang lain secara berkongsi dengan tuan rumah. Sekurang-kurangnya ia menjana pendapatan daripada ia terbiar kosong begitu sahaja. Tetamu boleh menjalankan aktiviti bersama dan kadang-kala di sini wujud silaturrahim yang baru seolah-olah menjadi keluarga angkat.
Contoh Aktiviti Bersama:
ü  Makan bersama
ü  Solat Jemaah bersama




Homestay Katil dan Sarapan

Bagi lokasi yang mendapat sambutan kedatangan pelawat yang tinggi, anda boleh mewujudkan homestay jenis katil dan sarapan (Bed & Breakfast). Di mana tetamu menyewa katil untuk rehat bermalam dan mereka disediakan sarapan di ruang makan di awal pagi esoknya.

Konsep sebegini biasa diwujudkan di kawasan tarikan pelancong atau Bandar yang sibuk seperti di Kuala Lumpur, Jakarta , Perth , Landon dan sebaginya.

Tetamu hanya inginkan tempat untuk merenggangkan kepenatan badan kemudian di siang harinya mereka akan menjalankan aktiviti meredah Bandar atau kawasan setempat. Sama ada untuk tujuan lawatan atau kajian.

Sarapan disediakan kerana mereka ini biasanya berkejar untuk menjimatkan waktu mereka kerana banyak agenda yang mahu dilakukan. Pemilik boleh sediakan sebuah tempat makan khusus untuk mereka berkumpul makan dalam satu tempat (ruang / dewan makan).




Homestay Rumah Sewaan


Di Malaysia, jenis homestay yang paling popular ialah menyewakan seunit rumah untuk diinap oleh tetamu mengikut jumlah malam yang diperlukan oleh tetamu atas urusan tertentu.

Rumah yang disewakan secara harian / mingguan / bulanan ini terdiri daripada pelbagai jenis rumah seperti rumah pangsa, rumah teres, rumah townhouse, rumah semiD dan juga rumah banglo.

Pemilikan juga tidak semestinya rumah milik sendiri. Selain menjadikan rumah yang dibeli sendiri sebagai homestay, boleh juga menyewa rumah orang lain untuk dijadikan homestay. Tidak kurang juga yang menggunakan rumah pusaka untuk dijadikan homestay.



Homestay Komplek

Bagi yang memiliki tanah yang luas, boleh wujudkan homestay komplek. Biasanya homestay komplek terdiri daripada :
ü  Tempat tinggal pemilik homestay
ü  Beberapa unit Tempat Menginap tetamu
ü  Dewan Makan
ü  Landskap
ü  Ruang aktiviti
ü  Parking
ü  Dan pelbagai lagi kemudahan mengikut kreativiti .

Ini bagi memanfaatkan tanah yang dimiliki/disewa. Dalam satu pemilikan tanah, boleh dikongsi guna dengan ramai orang dan menjana pendapatan. Sekiranya bijak, boleh juga dijadikan sewaan untuk majlis perkhawinan atau hari keluarga sesuatu kumpulan.






Rumah Beli Sendiri
Sekarang menjadi trend orang mengumpul asset dengan membeli beberapa unit rumah. Ada yang tinggal, ada yang disewakan dan tidak kurang juga ada yang dijadikan homestay. Namun begitu, ramai orang menyangka perlu ada rumah sendiri untuk memulakan projek Homestay. Bagi yang belum mampu membeli rumah sendiri kerana belum mempunyai wang simpanan, projek homestay yang diidamkan kononnya terpaksa dilupakan.

                                             
Rumah Sewa                
Sebenarnya Projek Homestay masih boleh dijalankan walau tidak pernah memiliki rumah sendiri. Anda masih boleh menyewa rumah orang lain untuk dijadikan homestay. Ikat perjanjian dengan tuan rumah mengikut tempoh seperti 5 tahun atau 10 tahun melalui perjanjian bertulis dengan mematikan setem.


Rumah Pusaka
Jika ada rumah pusaka tinggalan orang tua, juga boleh dijadikan homestay daripada ia nya terbiar begitu saja. Biasanya rumah pusaka mempunyai pemilikan beramai-ramai. Bincang dan wujudkan kata sepakat untuk jadikan rumah tersebut sebagai homestay dan pendapatan yang diperolehi di agihkan bersama.


Tanah Sewa                 
Jika rancang untuk membuat homestay yang terdiri daripada beberapa unit yang agak banyak, boleh rancang untuk menyewa tanah milik orang lain yang tidak digunakan dan memang untuk disewakan. Terutamanya apabila kita melihat ada potensi yang besar untuk wujudkan homestay di situ namun kita tidak mempunyai tanah di situ. Wujudkan perjanjian dengan tuan tanah. Sekiranya tamat perjanjian, boleh tawarkan homestay yang diwujudkan kepada tuan tanah



                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         PERINGATAN!

Homestay yang hanya sekadar tempat untuk rehat dan tidur sahaja mungkin tidak memberikan kesan memori yang mendalam kepada tetamu. Malah ia mungkin menjadi homestay yang tidak dikenang jika ia disediakan ala kadar sahaja. Berikan “nyawa” pada homestay yang anda usahakan dengan Konsep “khas” agar tetamu jatuh hati dan datang berkali-kali. Contohnya:


 
Homestay Konsep Chalet
Tetamu boleh santai rehat sambil berinteraksi dengan alam semulajadi di sekeliling. Konsep chalet sangat diminati kerana tetamu boleh menghabiskan masa di luar rumah homestay untuk beraktiviti dan menikmati pemandangan.




Homestay Konsep Bertema

Mewujudkan satu tema khusus atau unik menjadikan homestay sangat menarik perhatian dan mudah Viral di masakini. Misalnya homestay gaya hipster , batu-bata atau kayu pallet. Kemudian ada juga yang membuat tema kartun dan gaya jepun. Boleh buat apa saja konsep dan tema mengikut minat dan kepakaran pemilik homestay sendiri.




Homestay Konsep Beraktiviti
Homestay yang mempunyai aktiviti sangat digemari oleh tetamu yang datang berkunjung dengan keluarga yang besar. Pemilik boleh sediakan ruang dan alatan untuk tetamu beraktiviti bagi mengisi masa lapang sepanjang menginap di homestay . Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti memancing, memanah, berenang, membaca, berkebun, riadah dan sebagainya.


 Lokasi
 

  “Jika dapat mewujudkan homestay di lokasi yang sangat tinggi permintaannya, ia adalah jackpot buat pemilik homestay”


Misalnya jika berada di Melaka Bandaraya Bersejarah, hampir setiap minggu ada permintaan untuk homestay kerana di hujung minggu Melaka sesak dengan pelancong dari dalam dan luar negeri. Jadi, bagi mereka yang bijak mengambil peluang pasti akan manfaatkan peluang ini dengan mewujudkan homestay buat pelancong yang mencari kelainan serta tempat penginapan yang selesa buat mereka seisi keluarga (keluarga besar).

“Jika bukan berada di lokasi destinasi pelancongan, kita masih boleh mencari apakah keistimewaan yang ada berhampiran homestay”

Misalnya berdekatan dengan universiti, institut pendidikan, kompleks kerajaan, pantai, hutan simpanan dan sebagainya. Semasa mempromosikan homestay, kita boleh highlightkan keistimewaan yang ada berhampiran dengan homestay. Ketika university menjalankan program carnival atau konvokesyen, kita boleh double kan usaha mengiklankan homestay 3 bulan lebih awal agar homestay kita mendapat tempahan oleh ibu bapa atau pelajar yang datang dari jauh (Daerah lain) bagi menghadiri program tersebut.

Untuk peringkat permulaan, di mana anda sendiri yang menguruskan homestay, saya cadangkan untuk pilih lokasi homestay berhampiran dengan tempat tinggal sendiri agar mudah untuk ulang-alik menguruskan homestay. Lagi pun senang untuk lakukan proses serah dan pulang kunci kepada tetamu homestay yang datang menginap.




Biasanya ramai yang tertangguh membuat projek Homestay kerana risaukan tentang “Budget”, bukan?

Sebenarnya projek homestay boleh dimulakan dengan apa yang ada terlebih dahulu.  Kemudian selepas mendapat bayaran harian dari tetamu, modalkan semula hasil tersebut untuk “upgrade” lagi homestay ke level seterusnya. 










Berapakah harga semalam yang patut dikenakan kepada tetamu yang menginap di homestay kita?

Untuk menetapkan harga semalam bagi penginapan di homestay kita, beberapa faktor perlu diambil kira. Seperti :

ü  Berapa jumlah tempat tidur yang ada?
ü  Apakah kelengkapan yang disediakan?
ü  Apakah kemudahan yang disediakan?
ü  Apakah tarikan menarik di sekitar?
ü  Berapakah kadar sewaan homestay lain di lokasi setempat?
ü  

Bagaimana permintaan homestay di lokasi tersebut?

                                  
Biasanya jika homestay hanya menyediakan kelengkapan asas dan tidak berhawa dingin , kadar sewaan antara RM50 – RM80 semalam

Jika homestay menyediakan kelengkapan yang cukup dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 penghawa dingin , kadar sewaan antara RM120 – RM150 semalam

Jika homestay mempunyai bilik dan katil yang banyak , kelengkapan yang selesa dan lengkap berhawa dingin di setiap bilik, kadar sewaan antara RM180-RM250 semalam

Manakala jika homestay mempunyai tempat tidur yang banyak, kelengkapan yang sempurna, kemudahan yang selesa, berada di lokasi yang mempunyai permintaan tinggi serta mempunyai konsep unik yang tersendiri, kadar sewaan semalam antara RM300 – RM500 semalam.

Seterusnya kadar sewaan homestay boleh mencecah ke angka ribuan ringgit semalam apabila ia disediakan secara kompleks dan mempunyai fasiliti yang unik, selesa dan menarik.

Pengalaman kami sendiri, menyediakan homestay dengan kadar RM300 semalamSyarat menginap perlu 2 malam. Bermakna sekali tetamu masuk kami menerima RM600. (3 hari 2 malam)

Katakan setiap minggu ada kemasukan tetamu di hujung minggu. Jumaat , Sabtu dan Ahad. (3 hari 2 malam). Ini bermakna 1 bulan ada 4 kemasukan tetamu kerana dalam 1 bulan ada 4 minggu. (ini jika target anda untuk menerima tetamu hanya di hujung minggu).

RM600 (2 malam) x 4 kali hujung minggu
RM600 x 4  = RM2400 sebulan
(Ini baru kiraan untuk sewaan 4 kali hujung minggu iaitu penginapan sepanjang 8 malam )

Bagaimana pula sekiranya ada juga tempahan pada hari-hari lain yang bukan hujung minggu? Biasanya saya akan turunkan sedikit kadar sewaan untuk hari-hari yang lain (weekdays) kerana hari-hari begini kurang orang berjalan dan mencari homestay kerana bekerja dan bersekolah kecuali ada urusan dan tarikh-tarikh istimewa tertentu.

Misalnya untuk weekdays : RM 250 semalam (Minimum menginap 2 malam)
Bermakna sekali tetamu masuk RM500 (3 hari 2 malam)


Kenapa saya mengamalkan minimum penginapan adalah untuk 2 malam?
Kerana bagi mendapat bayaran yang berbaloi. Jika kami membenarkan penginapan 1 malam, tenaga yang perlu digunakan untuk kerja-kerja pembersihan adalah sama juga dengan jumlah hari penginapan yang lebih banyak. Sekurang-kurangnya bayaran untuk 2 malam mampu memberikan pulangan senyuman buat pemilik homestay yang telah bersusah payah menyediakan homestay, melayan tetamu dan mengemas homestay sebaik tetamu keluar.

Bolehkah naikkan harga ketika Musim Perayaan atau cuti sekolah?
Sekiranya mendapat permintaan yang tinggi, misalnya ketika cuti sekolah dan musim perayaan , boleh ambil peluang ini untuk naikkan kadar sewaan semalam bagi dihargai oleh tetamu yang menginap. Ini kerana kadar bayaran yang agak tinggi akan menjadikan tetamu lebih menghormati homestay tersebut berbanding kadar sewaan yang rendah. Ini dilakukan kerana pada musim perayaan atau cuti sekolah, tetamu yang menginap adalah untuk melancong, bersuka ria dan berkumpul dengan keluarga besar. Kemungkinan keadaan homestay bersepah dan rosak juga tinggi pada ketika ini.

Harga yang boleh dinaikkan adalah antara RM50-RM100 dari kadar asal.
Bagaimana lagi caranya untuk naikkan lagi kadar pendapatan dengan homestay?


Cara nya, pemilik homestay boleh sediakan perkhidmatan dan kemudahan tambahan kepada tetamu homestay (optional / pilihan). Misalnya :
ü  -sewaan alatan dan kelengkapan khas ( Alatan BBQ )- RM20 sehari
ü  -sewaan harian untuk kenderaan ( van atau kereta )- RM100 sehari
ü  -sewaan ruang lain untuk aktiviti (dewan atau padang)- RM50 sehari

Selain itu, pemilik homestay juga boleh mengambil peluang untuk menambah pendapatan dengan mengambil peluang untuk membuka tawaran bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti :

ü  Kedai runcit mini / bar ( maggi, coklat, minuman paket 3 in 1, air kotak, snek)

ü  Menyediakan makanan (sarapan / tengah hari / minum petang / makan malam)

ü  Perkhidmatan Dobi

ü  Penjagaan kanak-kanak

ü  Penjagaan orang tua

ü  Pemandu pelancong

 




“Bermulalah dengan apa yang ada !”


 Rumah sendiri sedia ada juga boleh dijadikan Homestay. Jika ada tetamu masuk, kita boleh tinggal di tempat lain seperti turut pergi bercuti di tempat lain, duduk di rumah sewa atau balik kampong (rumah orang tua)


Sekiranya tidak ada rumah sendiri, boleh juga menyewa rumah orang lain untuk dijadikan homestay. Buat perjanjian yang jelas dengan tuan rumah. Contohnya ikat perjanjian 5 tahun menyewa. Kumpul wang pendapatan homestay untuk jadikan duit deposit untuk beli rumah sendiri.



Jika ada rumah pusaka, manfaatkan untuk dijadikan homestay. Ia lebih baik daripada terbiar tidak berpenghuni

No comments:

Post a Comment

PERINGKAT KEDUA : PERSEDIAAN

    Peringkat 2     Persediaan Sudah dapat apakah prancangan yang terbaik buat homestay yang anda idamkan? Jika sudah selesai membu...